Saturday, April 15, 2017

100

Hari ke seratus.

Pejam celik,tidur bangkit,ingat tak ingat. Dah seratus hari...

Terus terang mengatakan, sehingga ke detik ini,air mata terus mengalir bila angin rindu menghembus kuat ke dasar hati. Ah.. aku hilang kawan.

Sejujurnya aku hanya mahu tampak kuat tanpa air mata di mata manusia. Di mata keluarga walhal hati ini meraung raung meratap hiba takdir yang menyentak nyentak jantung ini merobek robek angan angan .. ah Allah je tahu..

Sungguh rumah ini sunyi sekali.. tatkala kenangan menggigit gigit setiap detik urat nadi.

Aku harap yang dirindu kembali..agar bahagia bertamu lagi...

No comments:

Post a Comment