Wednesday, January 4, 2012

KAFE!

Bos!wa mau tempah satu lagi boleh ka?

fuyooo!! i tell you what,, my cafe now is very good!

makanan yang sedap dan menyelerakan begitu menjadi rebutan ikan2 piranha IPG Kampus Kota Bharu. bayangkan juadah yang baru sahaja diangkat segar dari dapur dan diletakkan di aturan makanan yang lain tak sampai lima minit, SESAAT sahaja terus dikerumuni bak langau mengerumuni anda tahulah apa...pergh!hebat tukang masak,, adakah taktik masak lauk dan nasi sedikit2 tu, untuk memastikan keenakan masakan terjamin? anda tahulah sendiri..bagi saya, itu mungkin.. :)

ini dialog yang pernah saya kata masa first time jejak kafe dengan perkhidmatan orang baru ni...
"ini kafe ke, kem pelarian?" sebab kafe mase tengah hari sangatlah penuh dan lauk cepatlah habis dan orang ramailah sangat..

ha, dan...adik2 kafe yang kacak dan jelita2 semuanya....saya suka juga kelembutan dan kesopanan yang anda2 semua tunjukkan..mungkin boleh praktikkan penghantaran makanan dari meja ke meja yang sebelumnya diambil ordernya dari meja ke meja juga..tapi,, hemat saya mengatakan, tak perlulah begitu..haha,,kerana, jangan dimanjakan sangat budak2 ni,,nanti berlemak! dan saya pun tak sampai hati buat untuk dilayan sebegini, lainlah di kedai makan atau di restoran betul2 yang saya bayar mahal harganya!

untuk harga, waah!! harga sangat menguntungkan, memang berpatutan untuk kami yang belum lagi menerima elaun dan masih lagi berkira-kira walaupun untuk mengeluarkan tambang 2 ringgit pergi balik ke Pekan Pengkalan Chepa semata-mata untuk mengunjungi Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan wang semata-mata...lihatlah betapa kedekut dan berkiranya kami yang kekempisan poket ini..

gelas baru, pinggan baru...dan..ha,,,saya suka apabila sekarang ni, kalau nak bungkus air, tak perlu guna plastik..well,, bukan nak kata environmental friendly whatsoever la dengan penggunaan bekas minuman seperti yang digunakan di pasar yang akan menyebabkan tong sampah lebih cepat penuh dan sampah kelihatan lebih banyak di samping memenatkan mak cik cleaner untuk bersihkan balik la kan, tapi sebab saya ada satu reason yang saya rasa cukup kukuh kenapa saya tak mahu gunakan plastik untuk membungkus air....SEBAB, SAYA TAK PANDAI NAK IKAT AIR TU KEMAS2 JANGAN BAGI TUMPAH! my bad..

ha,, sekarang ni, sedang bercita2 untuk memperbaiki penulisan. nampaknya, hasilnya menjadi lebih teruk dengan proses pembaik pulih ni....hape nak jadi??

sekian terima kasih..

lamalah tak guna "hakunamatata!"

okay,,guna sekarang..

HAKUNAMATATA!ADIOS!



No comments:

Post a Comment