Wednesday, October 5, 2011

Mr. RAisE Ur HanDs Up!

coretan Ms. DOt hari ini khas ditulis di dalam Bahasa Melayu...
jika ditanya mengapa?? senang sahaja jawapannya...

TERKENAN PAMERAN LITERASI BAHASA ..... yang mediumnya adalah Bahasa Melayu...yang baru sebentar tadi sahaja 'kick off'nya...

sebelum kita maju kepada huruf konsonan dan vokal dalam perkataan yang seterusnya..mari kita lihat tajuk kita hari ini.."Mr. RAise ur Hands Up"...merujuk kepada perbuatan seorang 'Mr.'  yang suka angkat tangan tatkala menerima sorakan daripada rakan2 yang lain....perbuatannya ini mengkonon-kononkannya sebagai seorang 'artis' yang menjadi idola dan pooojaaan hati ramai seperti 'RAin' yang sungguh howt di mata para peminat.....:)

bagaimanapun,,,adalah Mr Raise Ur Hands Up ini serupa dengan Mr. Rain???

TIDAK SAMA SEKALI..!

baiklah tanpa membuang masa yang sangat banyak untuk dibuang ni....kita mulakan...

alkisah tersebutlah seorang pemuda bernama Kamal Husni...(cerita hari ini, khas untuk dia...)
yang suka minum susu...

mengapa??

alasannya....

untuk membina otot....(mudah dan ringkasnya jawapan yang dikemukakan beliau, kan?)

hakikatnya...kamal ini, dahulunya seorang yang bertubuh gempal sedikit...berikut adalah dia...

tepi sekali,,yang tutup mata sebagai pose uniknya....keh3...tapi,,ni gambar berkurun dulu....

baiklah,,sekarang kite teruskan hikayat ini...
(ini bukan tulisan mengumpat...kerana sudah diminta izin dari yang empunya badan...:)

okay,,setiap pagi, beliau akan membawa sebotol sederhana saiznya mengandungi cecair berwarna putih...
bukan watercolour Buncho yang diceroikan dengan air,, tetapi,,,SUSU..

beliau akan datang berlenggang ke kelas dengan hanya membawa botol susu terbabit tanpa ada sebaran fail, beg dan sebagainya yang layak sebagai seorang pelajar....dan,,,ade 2 lagi benda yang dia bawak...dan itu adalah telefon bimbitnya dan juga kunci kereta...

ini botol susu encik kamal husni..


tiada puting nyonyot kelihatan...:)

dan ini adalah encik kamal yang sedang bergaya bersama botol susu kesayangannya...


auwww~ senyum kambing kelihatan...
(lihat!! kamal sudah kurus kan? berbeza dari gambar di atas...)

sekarang,,encik kamal sangat mementingkan pemakanannya...dia tidak mengambil sebarang makanan berlemak katanya...dia selalu kelihatan berlari-lari anak di sekeliling padang pada waktu petang seorang diri.

disebabkan kamal yang suka eksen macam hero filem hindustan,,,oow,,mungkin ala-ala Aaron (siapa dia ni??) kot,, dia dikenali sebagai antara jejaka yang howt kat kelas kitorang BI4..

kamal memang suka koya...

itulah encik kamal husni yang saya kenali....

sekian terima kasih kerana sudi membaca....

p/s:post2 tentang sahabat2 rakan taulan Bi4 yang lain mungkin akan menyusul di kemudian hari.....sila tunggu..:)







2 comments: